KaWaN-kaWaN

Thursday, November 1, 2012

3
Komen

Aku dan KQT ?




Hari yang sangat bersemangat untuk aku kerana berjaya jugak bukak belog. Sesungguhnye kemalasan aku berlipat ganda hari ke hari. Okeyh sekian aku merepek.


KQT ? Apakah ? Sebenarnye aku pun tak tahu nama KQT tuh ape. hewhew.
Okeyh ney berkaitan tempat aku LI. Apa itu LI ? LI itu Latihan Industri lah shayanggg !
Tak tahu jugak ? Haaa, sama erti dengan praktikal lahh. Haiyoo. Tak tahu jugak ? Lempang tahu tak ?




Kisahnye dah lama, tapi baru hari ney aku nak update entry yang dah bertahun berhabuknye pun. Okeyh  nampak sangat aku tipu. hewhew. Sebenarnye Program KQT dibuad pada Hari sabtu bersamaan 20 Oktober 2012. See, I told youuuu ! mane ade bertahun kannn. hehehe. 




Program ney dilakukan untuk mengerat hubungan antara staff Shamawar dan Shamawar Elektrika. Boleh dikatakan semua staff lahh. Lagipun Company buad Program KQT 4 kali setahun. Dengar ceramah, main game. Lebih kurang macam tuh lah. Sebenarnye bab-bab nak kumpul beramai ramai aku kurang gemar sebenarnye. Lagi2 kacaw jadual aku nak pergi TIME SQUARE ! mane tak hangin ! penat merancang, hape pun tak jadi ! 


Dalam masa yang sama, company akan menyambut birthday staff kesayangan ney untuk bulan July, August dan September. Walaupun tak seberapa, tapi ia adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Sambut birthday beramai ramai. kan suwet macam tuh ?



Walaupun aku bulan September, budak praktikal dikecualikan, hanya staff jeh. Walaupun kejam tak ajak aku sekali, aku tetap dapat makan kek, baik kan company aku ? *amek hati*




 Time dengar ceramah masih sempat posing. Hewhew. Kami peduli ape ye dok ? Macam peribahasa orang dulu dulu, sambil dengar, tangkap gambar. Ehhhh ~




Sarapan pagi yang menyelerakan. *sila jeles*


Masa kiteorang kene main satu permainan, cuba teka permainan ape ? permainan KATAK dan KODOK. KATAK ! see ! Datin pun suka katak *Amek hati, mane tahu naik elaun bulan ney. hewhew* 
Aku tak paham sepatah haram pasal permainan ney sebenarnye, aku cuma eksited bila ianya berkaitan pasal katak. hewhew. Masa bahagikan kumpulan, aku dapat satu kumpulan yang kepala gila gila. Ce teka ahli kumpulan aku ? Teka lah teka lah !



Tadaa ! ney lah ahli kumpulan Nujum Pak Belalang. Ehhhh. Orang kuat Shamawar ney. Jangan main main. :D
Rupa rupanye program KQT ney tadew lah seburuk yang aku sangka. Program ney menjadikan aku tegur semua orang. eehhh, tipu lah semua orang. ade lah 3 atau 4 orang aku malu nak tegur. Tapi sekurangnye aku tegur orang yang aku tak pernah tegur. Acane tuh ? Okeyh lupakan. Dannnn, program ney aku dapat merasakan satu hubungan iaitu hubungan KEKELUARGAAN. Seronok dapat join program ney.
         


Dan kenangan ini akan aku simpan dalam kotak supaya bila masa tua, aku boleh tunjuk dekat anak, cucu, cicit pasal benda alah ney. 




 Kami budak Praktikal yang berwawasan ! :D











So, Conclusionnye disini. . .

Pengalaman berkerja tak semua manis dan tak semua pahit. Adat lah hidup kene rasa masam, manis, pahit, tawar. Kalaw tak rasa semua tuh, baik pergi terjun lombong. Dan aku mengakui, aku merasa semua tuh, merasa bagaimana cara ketawa terbahak bahak, bagaimana cara mengawal emosi ketika kene marah, bagaimana perasaan bila berhadapan dengan orang yang berpangkat besar. Dan dapat mengenali setiap sifat manusia yang ade dekat Shamawar. 

Sedikit sebanyak aku dapat tengok dan rasa semua tuh. Mungkin mula mula aku menyesal praktikal ney, tapi sekarang pun rasa menyesal lagi. hahahaha. Okeyh joke. Tak payah nak kerut dahi sangat dengan ape yang aku cakap. Lempang nak ? 

Akhir sekali aku nak cakap, aku akan mula rindu bila habis praktikal nanti. Yelah, yang pasti duit makin sikit dan aku mungkin tak akan dapat rasa suasana macam ney lagi. Sekian ~

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Wednesday, October 17, 2012

0
Komen

Hotel Transylvania

Hari ahad lepas aku dan kaum kerabat tengok cerita ney. Mula mula aku tak suka kut cerita budak kecik. Sumpah lah tak menarik langsung ! kakak aku lah beria nak tengok. Disebabkan kempunan sangat nak menengok wayang, maka dengan berat hatinya pergi lah tengok cerita HOTEL TRANSYLVANIA. Name pun macam entah hape hape kann.
Sekali tengok cerita ney, sumpah lawak nak mampuih ! hahaha, having fun jugak lah menengoknye. Dan tak rugi duit tiket wayang. *padahal ayah belanje tiket.hewhew
So, conclusionnye anda semua WAJIB tengok cerita ney. sumpah beshh ! dan sakit perut gua tengok cerita ney. Dengar tak ? WAJIB tengok ! hehehe. Watak-watak dia pun comey belaka. lagi-lagi anak serigala. haha. Dan paling mengarutnye, hantu takut dengan manusia ? 
The first official trailer for the animated comedy Hotel Transylvania has gone online. Directed byGenndy Tartakovsky (Samurai Jack), the story centers on Dracula (voiced by Adam Sandler) trying to throw a party for his daughter Mavis’ (Selena Gomez) 118th birthday, but his plans go haywire when a human (Andy Samberg) comes to the hotel and develops a crush on Mavis. The animation actually looks pretty great, and I think the story has some fun potential, but Sandler’s work as Dracula is a bit hard to get used to. It sounds like the actor’s “goofy” voice he uses when making jokes or putting on a character for SNL, so it’s tough to buy it as the actual voice of this Dracula. We don’t really get much into the story here, but there are more than a few laughs (who doesn’t love a good “skeletons taking a shower” joke?)  and I’m pleasantly surprised by how fun it all looks.
Hit the jump to watch the trailer. The voice cast also includes David Spade (Griffin the Invisible Man), Steve Buscemi (Wayne the Werewolf), Kevin James (Frankenstein), Molly Shannon(Wanda the Werewolf) and Cee Lo Green (Murray the Mummy). Hotel Transylvania opens on September 28th.


Here’s the official synopsis for Hotel Transylvania:
Welcome to the Hotel Transylvania, Dracula’s (Adam Sandler) lavish five-stake resort, where monsters and their families can live it up, free to be the monsters they are without humans to bother them.  On one special weekend, Dracula has invited some of the world’s most famous monsters – Frankenstein and his bride, the Mummy, the Invisible Man, a family of werewolves, and more – to celebrate his daughter Mavis’s 118th birthday.  For Drac, catering to all of these legendary monsters is no problem – but his world could come crashing down when one ordinary guy stumbles on the hotel and takes a shine to Mavis.

hotel-transylvania-movie-image



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Muara Hati ♥

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta




p/s : Menghayati lagu ney sepenuh jiwa dan raga. hahahaha. puiii ! Enjoy  :)

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Friday, October 12, 2012

0
Komen

Saya dapat Hadiah ♥



Hadiah Harijadi 





Walaupun umur makin meningkat, jangan ingat saya tak dapat hadiah harijadi tahu ! hewhew. Suwet kan mereka yang bagi saya hadiah. dan saya dapat katak lagi ! 



 Terima kasih Ibu, Ayah, Mok dik, Mok tam, Mok cik dan tak lupa juga dekat Bibik yuni. Belanja makan dan bagi hadiah pun kira bersyukur walaupun saya dah besar tapi masih ingat birthday saya, siap bagi tema tahun ney untuk birthday adalah KASIH SAYANG. hahaha. saya sayang family saya :')



Dan kepada Rabiah dan Along, Terima kasih tak terhingga.
 Terima kasih sebab bagi katak. Terima kasih. lebiuuu koranggg :')

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

30 September ♥

Hey hey kawan sekalian ! okeyh saya tahu saya salah sebab tak hupdate tetiap hari. Series saya sekarang busy. betul, tak tipu ! hewhew. Maafkan saya maafkan saya.
Okeyh, tajuk entry hari ney adalah 30 Sempteber. Ada ape dengan tarikh 30 september ?
Cube teka ! cube teka ! Tak tahu ? Sampainye lahh hati ! 30 September adalah tarikh hari lahir saya tahu tak. Merajuk lah cenggini *Okeyh gedik.
"Kenapa baru sekarang nak hupdate, bende dah lepas kut". Heloooo ! sukati lah nak hupdate bebile mase, suka jeles kan kan. kan saya dah jelaskan bahawasanya saya sangat membusykan diri dengan praktikal praktikal ney. Tadew masa nak hupdate. Seyes ! saya tak tipu. Sila percaya. 
Happy birthday to me ♥
Mulai saat ini, detik ini dah tadew 8teen, dah tadew 9teen, dah masuk angka PULUHAN. sokeyh, muda lagi kan kan. Ape ape pun Alhamdulillah syukur ke hadratmu Ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk hidup sampai ke hari ini. ALHAMDULILLAH.
Dan kepada semua yang wish birthday saya, terima kasih tak terkira sebab doakan saya, tak tak tahu nak balas jasa baik anda semua. Hanya mampu mendoakan kesejahteraan anda. Semoga ALLAH memberkati anda semua di dunia dan akhirat. Aminnn.
Eyh, saya nak kongsi cerita hadiah yang saya dapat. nak tahu dak ? klik SINI

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Friday, September 14, 2012

0
Komen

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata ?

Hari ney aku nak ceritakan sedikit tentang peribahasa "Terlajak perahu boleh di undur, Terlajak kata. . ." haaaa, sape tahu sape tahu ? *sila angkat tangan.

Okeyh, tipu lah kalaw setiap orang tak pernah cakap main lepas lepas tanpa perlindungan dan penapisan.
Nak cakap ape main sembur jeh. Contoh cara cakap lepas " kaw ney mulut bau busuk lah, tak gosok gigi setahun keh hape ?" "kaw kalaw kurus tapew nak pakai sendat sendat, ney tak. gemuk tak sedar diri"

Kita sedar atau tidak secara automatik kita dah buat hati orang sakit. maybe kaw tuh nak memberi nasihat, mungkin cara kaw kasar, tapi niat kaw baik. Nak tegur orang, tegur lah bila kaw berdua duaan dengan dia. Bukan tegur bila kaw beramai ramai. Malu tahu tak. Cuba kaw berada di situasi dia, ape perasaan kaw ?
Maybe kaw tadew rasa malu dalam diri kut, sebab tuh kaw cakap macam tuh.
Dan satu lagi, bila orang mintak tolong. Dengan senang hatinye cakap AKU MALAS. itu aku boleh terima lagi. ade lagi ayat kaw yang kurang menyenangkan. Cube aku cakap macam tuh ? kaw terasa tak ? tak tahu pulak kalaw hati kaw hati batu. 

Aku mengaku, tipu kalaw aku tak pernah sakitkan hati orang. Tapi bila aku cakap atau bagi nasihat, orang tanak dengar. Its up to you. Janji aku dah bagi nasihat. Terpulang. Ye, memang cara aku bercakap kasar, tapi betulkan. Bende betul bukan bende salah. kalaw dah degil sangat tanak dengar, mau tak naik darah aku. Aku marah pun sebab diri kaw, demi kaw. Bukan aku marah tanpa sebab. Kalaw aku termarah tanpa sebab, dan itu silap aku, sekurang kurangnye aku mintak maaf. Kalaw tak pun aku tegur dulu kalaw kita bermasam muka. Dan aku mengaku, aku seorang yang ego. Tapi kalaw salah aku, aku sanggup buang ego aku untuk mintak maaf.

 Kekadang bila dia menjawap dengan jawapan yang agak kurang senang menyebabkan hati aku yang sakit. Daripada aku termaki orang tersebut, lebih baik mendiamkan diri daripada berkata banyak kan. Nanti lagi aku bercakap, lagi sakit hati kaw kan. Dan aku tanak benda tuh terjadi. Biarlah dengan mendiamkan diri, kaw boleh berfikir dengan matangnye kenapa aku senyap. 

P/s : Sesiapa yang terasa, mohon maaf terlebih dahulu. Kerana ini hanya luahan seorang insan.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, September 11, 2012

0
Komen

Ada orang dah mula sukakan katak ♥

Apedehal statement tajuk di atas ney ? Okeyh, saje nak kongsi satu cerita dengan korang semua.

Dia ney kawan fesbuk aku sejak bila entah, tak ingat. hehe. Berkenalan di laman muka buku *nyanyi.*
okeyh dahh. Kawan gelak ketawa. suka carik pasal dengan dia. sebab besh bila bergaduh mulut dengan dia.
Walaupun hanya dalam telephone. Kami tak pernah jumpa.  Tapew, kawan dari jarak jauh. Ingat berCINTA jarak jauh jeh ade ? KAWAN pun ade okeyh. Suka dengar dia membebel, dan suka sangat bila dia kutuk KATAK aku. memang suka sangat sangat ! rasa nak lempang. hahaha. dia ney memang anti lah dengan KATAK. aku pun tataw kenapa. sikit sikit kutuk katak aku. *jeles lettew dia tadew katak*

Tapi sekarang kami dah jarang berhubung di telephone. Sakit hati bila call dia, mesti alasan dia BUSY. Mood nak bercakap dengan dia terus hilang. rasa nak maki. nasib baik anak orang. haha. *ape kene mengene dengan katak ?* okeyh joke. mohon jangan terasa ye awok. :D

Satu hari tuh, tetiba dia bagi link blog dia dan tengok tengok dia buad header KATAK. Terperanjat sebenarnye. *buad muka ala ala terkejut*. Okeyh tipu, over kalaw aku macam tuh. haha. Akhirnye dia mengaku jugak yang KATAK ney adalah comey. Walaupun dia tak cakap, tapi dia letak header KATAK dah membuktikkan yang dia sudah mula sukakan KATAK. See, never judge the book by its cover. *tadew kene mengene*

Walaupun zahirnye KATAK ney haiwan yang mengelikan, tapi batinnye KATAK ney comey sebenarnye. 
Lagi lagi patung KATAK. sumpah comey tahap tataw nak cerita macam mana. tak percaya ? Sila tengok gambar di bawah.


Comey kan kan ? *baik cakap comey !*

Macam tuh lah ceritanye, dia mula terpikat dengan kecomelan katak saya. Harap maklum jangan pernah curi katak saya ye. Kalaw awak awak dan awak curi, ehemmm. DUUUSSHHHHHHHH !

p/s : nak tahu kawan saya yang mana ? klik SINI 



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Friday, August 24, 2012

0
Komen

Hari Raya Aidilfitri 2012 ♥


Pertama sekali saya ingin memohon maaf sebab lame nak mampuih tak tulis blog. 
*Eyh, jadah intro guwa macam asdfghjkl*

Okeyh, maaf lah ye kekawan sekalian, series tadew idea nak menulis ape dalam belog. :(

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kekawan semua, Maaf zahir dan Batin.

Maaf jika selama ney aku termarah korang,
Maaf jika selama ney aku termaki korang,
Maaf jika selama nye aku termoody dengan korang,
Maaf jika selama ney aku teremosional dengan korang,
Maaf jika selama ney aku membebel hape bende dekat korang,
Maaf jika selama ney aku terkutuk pasal korang,
Maaf jika selama ney aku mengumpat korang dekat orang lain.

Manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan. 
Manusia tak pernah lari dari mengulangi kesilapan yang sama.
Manusia tak pernah lari dari kesilapan yang mereka buat setiap hari.

Manusia itu adalah aku. Dengan ini, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seikhlas ikhlasnye. 
Dengan harapan, harap anda semua memaafkan saya.
:: Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin ::
p/s : Duit raya tadew, gambar raye adew lah. sekian. :)

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Monday, July 30, 2012

0
Komen

Selamat menyambut bulan Ramadhan ♥


Hari ney dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Alhamdulillah. 
Okeyh aku tahu aku lambat wish. Tapi tak kire ! Nak wish jugak walaupun lambat. Yelah. Sekarang dah jadi budak praktikal, tadew mase nak menaip. * maafkan saya *

Dengan ini, saya mengucapkan slamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak ♥

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Sunday, July 15, 2012

0
Komen

Praktikal oh Praktikal







Hye kekawan sekalian, firstly aku nak mintak maaf sebab dah lame tak hupdate belog ney. *Tetibe
Seyez aku busy sedikit sejak bermulanye jadi budak praktikal. Maklum lah, orang dah bekerja kan. * bapaklah perah santan seorang diri. kihkih.

Okeyh, berkaitan dengan entry hari ney, aku nak bagitahu yang aku dah start praktikal seminggu yang lepas. Sebenarnye aku ney jenis pemalu tahap gaban. Silalah percaya. Dan aku tak suka kerja opiss -_-.
Sebab aku kene present lah, meeting lah, banyak kerja ape jadahnye pun lah. Serabut plus serabai. Tak boleh keh rilex rilex, gopoh gapah sungguh suasana opiss aku. Yang beshnye hanya kerana elaun aku sanggup bertahan. hewhew.

Kerja opiss ney ade kebaikan dan ade keburukannye. Kebaikkannye ramai mamat mamat hensem dan akak akak cun yang sporting, tapi ade yang kerek. uppss ! maaf terkutuk lah pulak. Keburukkannye aku pening kepale bila belajar bab bab yang aku tak paham. Okeyh aku mengaku aku ney jenis slow untuk memahami sesuatu benda, tapi aku tak suka orang push push aku, pastuh kutuk budak praktikal lembab lah, budak prakitkal tak reti kerja lah. Helo makcek sekalian, mase awak mula mula berkerja pun, awak bukannye perfect pun. Awak pun belajar jugak kan, So, bila dah pandai buad sesuatu pekerjaan tuh, tak payah lah nak menyombong. Name pun budak praktikal, budak yang sedang belajar mesti lah kene di beri tunjuk ajar. Bukannye suruh kurang hajar.

 Conclusionnye di sini, mohon mengajar kami dengan seikhlas hati dan harap bersabar. Tak perlu tarik muka, perli sana perli sini, dah muka elok elok cantik terus huduh. Tenuk lagi comey tahu. Bagi staff staff yang sporting, guwa tabik springgg dengan luu kerana walaupun umur kita jauh berbeza dan boleh memanggil dengan panggilan auntie cemtuh, luu orang tak berperangai suka sentap dan suka taceng. Dan luu orang peramah dan faham kami sebagai student praktikal. Tak membuli. * amek hati
Maklum lah orang tua tua kate, umur kalaw makin meningkat, perangai makin lama macam budak budak.

Ape ape pun, aku kene bertahan selama 6 bulan sebagai budak praktikal. Budak Universiti praktikal 3 bulan jeh, kenapa budak politeknik 6 bulan. Macam . . . . -,-
Pasrah jeh lahhh.



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, June 26, 2012

4
Komen

Jom melawat perak ♥







Berkenaan dengan entry hari ney aku nak memperkenalkan serba sedikit tentang Negeri Perak. Seperti yang kita tahu, tahun ney merupakan Tahun Melawat Perak 2012. Warga warga Bpian diwajibkan menjoinkan diri dalam segmen Jom Melawat Perak dan aku pun sahut cabaran itu. yeeaahh ! 

Okeyh, aku nak cerita sikit tentang nama Negeri Perak. Perak ertinya perak dalam bahasa Melayu. Kalaw dalam bahase omputeh Silver. Nama ini berasal paling mungkin dari warna keperakan timah. Pada sekitar tahun 1890an, Perak, dengan deposit terkaya aluvium timah di dunia adalah salah satu permata di mahkota Empayar British. Bagaimanapun, ada yang mengatakan nama berasal dari "sedikit ikan di dalam air" yang bergemerlapan seperti perak. Honorifik Arab Negeri Darul Ridzuan, Land of Grace.

Haaa, unikkan name Negeri Perak, tapi tempat tempat di Negeri Perak lagi unik. Banyak tempat kita boleh pergi untuk melancong, mengrehatkan minda, mencari ilham, jalan jalan cari makan dan banyak lagi.
Tapi untuk entry kali ney, aku nak promotekan Gua Tempurung. Ade ape dengan Gua Tempurung yee ? Jum kita terjah !





Anda akan kagum dengan lima kubah gergasi dengan siling menyerupai Tempurong (tempurung kelapa) yang membentuk gua, dan memberikan namanya Gua Tempurong. Sistem gua membentang kira-kira 1.5km dan dipercayai telah melindungi masyarakat prasejarah sejak 8000 SM.



Merangkak, ditengah-tengah dan juga menurunkan diri anda ke dalam celah cari mustahil seperti anda pergi jauh ke bawah untuk membongkar rahsia gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 





Satu dalam air sungai yang dipanggil Sungai Gua Tempurong berjalan kira-kira 1.6 km melalui gua yang anda boleh menikmati beberapa aktiviti spelunking. Mutlak persiaran yang menarik untuk mencabar dan orang-orang yang tidak keberatan untuk tangan mereka yang kotor kerana mereka memulakan keseronokan penerokaan gua.




Memilih beberapa daripada pelancongan berpandu untuk disesuaikan dengan keutamaan individu dan tahap kecergasan. Lawatan pendek menyediakan maklumat asas gua dan sesuai untuk mereka yang tidak mahu untuk mendapatkan kemas dan mempunyai masa yang sedikit mahal. Sebuah laluan pejalan kaki dan platform menawarkan kemudahan dan keselamatan pelawat.

Untuk aktiviti dalam gua, ia ade banyak pilihan. Ikut para pelancong nak yang macam mane.

Pelancongan Pilihan:

Golden Flowstone Tour : lawatan yang mudah dan menarik kira-kira 40 minit. Satu perjalanan membentuk pintu masuk ke Flowstone keemasan (Platform 2) dan belakang. 
Yuran masuk : Dewasa - RM6.00 
                       kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM2.50.

Top Of The World : Perjalanan yang agak berat untuk kira-kira 1 jam 45 minit dari pintu masuk ke Top Cavern The World (platform 5) dan kembali. 
Yuran masuk : Dewasa - RM9.00 
                       Kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM4.50.

Top Of The World & Pengembaraan Sungai Pendek : Satu jam 2 dan 30 lawatan minit Top Of The World (platform 5) dan kembali melalui sungai bawah tanah.
 Yuran masuk : Dewasa - RM11.00
                        Kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM 6.50

Grand Tour : Perjalanan catwalk lengkap dari pintu masuk dengan penuh panjang pengembaraan sungai bawah tanah. Ia adalah lawatan yang sangat mencabar dan berat, dan mengambil masa kira-kira 3 jam dan 30 minit. 
Yuran masuk : Dewasa - RM22.00 
                       Kanak-kanak - RM11.00

Dan di sini, saya pernah memasuki Gua Tempurung under Politeknik Ungku Omar. Saye ambil package Top Of The World & Pengembaraan Sungai Pendek. Ia sangat menarik dan sangat menguji fizikal dan minda kita. Sangat menarik bukan. Bukan senang untuk kita nak menjelajah memasuki Gua ney. Ia boleh menjadi satu pengalaman dan memori yang indah buat anda semua dan diri saye juga. Aktiviti ney sangat menyeronokkan dan dalam masa yang same, kita dapat tahu serba sedikit tentang Gua Tempurung. Ape yang di tunggu lagi ? Moh ler kita ke sane :)

p/s : Maafkan saye jika terguna perkataan aku untuk orang yang lebih dewasa ^^. 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, June 21, 2012

2
Komen

Kisah benar seorang Jurumandi Mayat






Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.

Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

p/s : setiap perbuatan pasti ade balasan. Jika kita berbuat baik kerana ALLAH, ganjaran yang baik ALLAH berikan kepada kita. Jika kita berbuat kejahatan semata mata kerana dunia, bertaubat lah selagi kita masih hidup. Pintu taubat sentiasa ada untuk kita. Semoga cerita ney dapat menginsafkan diri kita semua :)

- Sekadar renungan kita bersama -

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Wednesday, June 20, 2012

2
Komen

Kesilapan wanita ketika menutup aurat







Okeyh, hari ney nak cerita serba sedikit pasal aurat. adik adik sekalian mesti dah tahukan aurat perempuan tahap mane yang kene tutup ? tak tahu ? aiiipp, ney mesti time uztazah ajar kome semua tidur kan ! heee. Bagi yang dah tahu pasal aurat seorang perempuan ney bagus lah. Kene lah sentiase menutup aurat yee cik adik, cik akak dan juga cik abang. Bukan perempuan jeh yang kene tutup aurat tahu. ^^

Okeyh bagi yang dah tahu tapi pura pura tak tahu tuh, jangan cenggitu. Tak bek. nanty ALLAH marah. Tak susah mane pun nak menutup aurat ney. Bukan kome kene pergi berperang, bukan kome kene pergi bekerja, bukan kome kene pergi menjawab exam. .ALLAH hanya suruh kite tutup aurat jeh. Tak susah mane pun kan.  tak perlu menunjukkan segala kecantikan kite ney. Kene lah simpan simpan sikit. Baru mahai dak. 



"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. 

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab:59)


Nasihat saya untuk kaum hawa dan juga untuk diri saya sendiri, jagalah aurat kita. Aurat kita umpama maruah kita. Boleh kalaw kita semua ney nak berfesyen. takde sape pun nak menghalang. Tapi biarlah berfesyen tuh menutup aurat kita, bukan dengan membuka aurat kita. Pakai tudung tapi tidak menutup aurat sama sekali tak berguna. 
- Renungan kita bersama -



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, June 19, 2012

2
Komen

Rahsia Kelebihan Berjanggut ♥









Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

p/s : Adakalanye nampak hensem bila kaum adam berjanggut, tapi jangan serabai sangat. Sentiasa merapikan janggut anda okeyh ^^

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Rahsia Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah.




Hari ney nak cerita sikit tentang Owner Sendayu Tinggi. Terbaca satu blog ney menceritakan kenapa Jutawan Sendayu Tinggi memakai purdah. Sangat tersentuh hati bila membaca entry tersebut. Saye hanya mengkopipes sahaja. Sekadar untuk berkongsi kisah hidup beliau :) dan ALLAH membuka hatinya supaya tidak menjadi riak walaupun beliau dah menjadi seorang jutawan. Jum ambil masa 3 minit membaca entry di bawah  :)






Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT ini adalah Hak milik mr.katak !