KaWaN-kaWaN

Tuesday, June 26, 2012

4
Komen

Jom melawat perak ♥







Berkenaan dengan entry hari ney aku nak memperkenalkan serba sedikit tentang Negeri Perak. Seperti yang kita tahu, tahun ney merupakan Tahun Melawat Perak 2012. Warga warga Bpian diwajibkan menjoinkan diri dalam segmen Jom Melawat Perak dan aku pun sahut cabaran itu. yeeaahh ! 

Okeyh, aku nak cerita sikit tentang nama Negeri Perak. Perak ertinya perak dalam bahasa Melayu. Kalaw dalam bahase omputeh Silver. Nama ini berasal paling mungkin dari warna keperakan timah. Pada sekitar tahun 1890an, Perak, dengan deposit terkaya aluvium timah di dunia adalah salah satu permata di mahkota Empayar British. Bagaimanapun, ada yang mengatakan nama berasal dari "sedikit ikan di dalam air" yang bergemerlapan seperti perak. Honorifik Arab Negeri Darul Ridzuan, Land of Grace.

Haaa, unikkan name Negeri Perak, tapi tempat tempat di Negeri Perak lagi unik. Banyak tempat kita boleh pergi untuk melancong, mengrehatkan minda, mencari ilham, jalan jalan cari makan dan banyak lagi.
Tapi untuk entry kali ney, aku nak promotekan Gua Tempurung. Ade ape dengan Gua Tempurung yee ? Jum kita terjah !





Anda akan kagum dengan lima kubah gergasi dengan siling menyerupai Tempurong (tempurung kelapa) yang membentuk gua, dan memberikan namanya Gua Tempurong. Sistem gua membentang kira-kira 1.5km dan dipercayai telah melindungi masyarakat prasejarah sejak 8000 SM.



Merangkak, ditengah-tengah dan juga menurunkan diri anda ke dalam celah cari mustahil seperti anda pergi jauh ke bawah untuk membongkar rahsia gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. 





Satu dalam air sungai yang dipanggil Sungai Gua Tempurong berjalan kira-kira 1.6 km melalui gua yang anda boleh menikmati beberapa aktiviti spelunking. Mutlak persiaran yang menarik untuk mencabar dan orang-orang yang tidak keberatan untuk tangan mereka yang kotor kerana mereka memulakan keseronokan penerokaan gua.




Memilih beberapa daripada pelancongan berpandu untuk disesuaikan dengan keutamaan individu dan tahap kecergasan. Lawatan pendek menyediakan maklumat asas gua dan sesuai untuk mereka yang tidak mahu untuk mendapatkan kemas dan mempunyai masa yang sedikit mahal. Sebuah laluan pejalan kaki dan platform menawarkan kemudahan dan keselamatan pelawat.

Untuk aktiviti dalam gua, ia ade banyak pilihan. Ikut para pelancong nak yang macam mane.

Pelancongan Pilihan:

Golden Flowstone Tour : lawatan yang mudah dan menarik kira-kira 40 minit. Satu perjalanan membentuk pintu masuk ke Flowstone keemasan (Platform 2) dan belakang. 
Yuran masuk : Dewasa - RM6.00 
                       kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM2.50.

Top Of The World : Perjalanan yang agak berat untuk kira-kira 1 jam 45 minit dari pintu masuk ke Top Cavern The World (platform 5) dan kembali. 
Yuran masuk : Dewasa - RM9.00 
                       Kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM4.50.

Top Of The World & Pengembaraan Sungai Pendek : Satu jam 2 dan 30 lawatan minit Top Of The World (platform 5) dan kembali melalui sungai bawah tanah.
 Yuran masuk : Dewasa - RM11.00
                        Kanak-kanak (di bawah 12 tahun) - RM 6.50

Grand Tour : Perjalanan catwalk lengkap dari pintu masuk dengan penuh panjang pengembaraan sungai bawah tanah. Ia adalah lawatan yang sangat mencabar dan berat, dan mengambil masa kira-kira 3 jam dan 30 minit. 
Yuran masuk : Dewasa - RM22.00 
                       Kanak-kanak - RM11.00

Dan di sini, saya pernah memasuki Gua Tempurung under Politeknik Ungku Omar. Saye ambil package Top Of The World & Pengembaraan Sungai Pendek. Ia sangat menarik dan sangat menguji fizikal dan minda kita. Sangat menarik bukan. Bukan senang untuk kita nak menjelajah memasuki Gua ney. Ia boleh menjadi satu pengalaman dan memori yang indah buat anda semua dan diri saye juga. Aktiviti ney sangat menyeronokkan dan dalam masa yang same, kita dapat tahu serba sedikit tentang Gua Tempurung. Ape yang di tunggu lagi ? Moh ler kita ke sane :)

p/s : Maafkan saye jika terguna perkataan aku untuk orang yang lebih dewasa ^^. 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, June 21, 2012

2
Komen

Kisah benar seorang Jurumandi Mayat






Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.

Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

p/s : setiap perbuatan pasti ade balasan. Jika kita berbuat baik kerana ALLAH, ganjaran yang baik ALLAH berikan kepada kita. Jika kita berbuat kejahatan semata mata kerana dunia, bertaubat lah selagi kita masih hidup. Pintu taubat sentiasa ada untuk kita. Semoga cerita ney dapat menginsafkan diri kita semua :)

- Sekadar renungan kita bersama -

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Wednesday, June 20, 2012

2
Komen

Kesilapan wanita ketika menutup aurat







Okeyh, hari ney nak cerita serba sedikit pasal aurat. adik adik sekalian mesti dah tahukan aurat perempuan tahap mane yang kene tutup ? tak tahu ? aiiipp, ney mesti time uztazah ajar kome semua tidur kan ! heee. Bagi yang dah tahu pasal aurat seorang perempuan ney bagus lah. Kene lah sentiase menutup aurat yee cik adik, cik akak dan juga cik abang. Bukan perempuan jeh yang kene tutup aurat tahu. ^^

Okeyh bagi yang dah tahu tapi pura pura tak tahu tuh, jangan cenggitu. Tak bek. nanty ALLAH marah. Tak susah mane pun nak menutup aurat ney. Bukan kome kene pergi berperang, bukan kome kene pergi bekerja, bukan kome kene pergi menjawab exam. .ALLAH hanya suruh kite tutup aurat jeh. Tak susah mane pun kan.  tak perlu menunjukkan segala kecantikan kite ney. Kene lah simpan simpan sikit. Baru mahai dak. 



"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. 

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab:59)


Nasihat saya untuk kaum hawa dan juga untuk diri saya sendiri, jagalah aurat kita. Aurat kita umpama maruah kita. Boleh kalaw kita semua ney nak berfesyen. takde sape pun nak menghalang. Tapi biarlah berfesyen tuh menutup aurat kita, bukan dengan membuka aurat kita. Pakai tudung tapi tidak menutup aurat sama sekali tak berguna. 
- Renungan kita bersama -



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, June 19, 2012

2
Komen

Rahsia Kelebihan Berjanggut ♥









Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

p/s : Adakalanye nampak hensem bila kaum adam berjanggut, tapi jangan serabai sangat. Sentiasa merapikan janggut anda okeyh ^^

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Rahsia Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah.




Hari ney nak cerita sikit tentang Owner Sendayu Tinggi. Terbaca satu blog ney menceritakan kenapa Jutawan Sendayu Tinggi memakai purdah. Sangat tersentuh hati bila membaca entry tersebut. Saye hanya mengkopipes sahaja. Sekadar untuk berkongsi kisah hidup beliau :) dan ALLAH membuka hatinya supaya tidak menjadi riak walaupun beliau dah menjadi seorang jutawan. Jum ambil masa 3 minit membaca entry di bawah  :)






Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Saturday, June 16, 2012

0
Komen

Aku benci orang yang suke tengking !




Sakit hati aku bila mintak tolong, bukannye nak tolong pastuh nak menengking pulak. Bukannye kaw buat kerja pun. main game, main game dan main game. Bila menyuruh pandai pulak tunding jari dekat aku. Bila aku mintak tolong, kaw nak marah. Sape tak sakit hati. Bende memang mustahak. Kalaw remeh temeh aku takkan mintak tolong lahhhhh ! !

Nak tunjuk kaw punya baran jeh keh ? Eyh, aku pun ade baran okeyh, bukan kaw sorang jeh adeee !
Nanti bila aku tanak bercakap, kaw kate aku kuat taceng. Yee ! aku memang seorang yang kuat taceng ! so what ? Kesah pulak kaw ! 

# Sumpah aku sakit hati gile dengan kaw !

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, June 14, 2012

0
Komen

Follower ke-100 ♥








Pejam celik pejam celik, ehh dah 100 orang follow saye. Okeyh saye tahu saye orang yang sangat jakun sebab baru dapat 100 orang follower. Bagi orang lain, mungkin itu nampak remeh. Tapi bagi saye, sangat teruja ! Bukan sebab nak femes. bukan bukan, tujuan saye buad belog ney pun mula mula hanya sekadar nak luahkan perasaan dan jeles tengok ramai kawan ade belog. heee. Mungkin saye tak dapat jadi blogger yang berjaya, macam yang lain lain. Saye ney buta IT sebenarnye. -,- tapi takpew lahh, cukup macam ney kan. :) *bersyukur ape yang ade



Owh, lupa nak cakap sape follower saye yang ke-100. 
Diari Lailatul Fatiqah
Terima kasih sebab sudi follow ^^

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Wednesday, June 13, 2012

4
Komen

Kenape perlu menghina kaum wanita ?








Okeyh, Hari ney saye nak cerita sikit pasal penghinaan terhadap wanita.
Sangat tak paham dengan perangai sesetengah orang ney yang suke menghina orang lain.
Ape yang dia dapat ? nak kate pahala, sikit pun tak, berdosa bertambah ade lah.
Ape lah yang tak puas hati sangat dengan kaum perempuan ney ? Ape salah kami ? Dihina, dicaci, Dikutuk. 

Setiap ape yang saye tengok orang ney menghupdate kat fesbuk :

"Perempuan ney barang murah" okeyh kejap. Barang ? nak kate awak belajar, mak ayah hantar pergi sekolah untuk awak jadi seorang berguna, bukan seorang yang tak guna. Ape yang awak dengki sangat dengan perempuan ye ? Sampai menghina macam tuh sekali.

"Perempuan murah macam kaw senang jeh nak dapat" kejap kejap, murah ? nanty saye kate awak ney manusia paling pandai, nampak sangat saye menipukan. ape masalah awak sebenarnye ? sampai memandang rendah terhadap kaum perempuan.

"Perempuan miskin macam kaw tak layak nak kahwin dengan aku" Sekejap ! awak ney belajar pasal bab agama sangat hebat. Sangat beruntung awak dapat belajar di pondok. tapi kenape masih tak puas hati dengan kaum wanita ek ? sampai jodoh awak sendiri awak tentukan.

Awak belajar pandai pandai untuk menghormati orang lain lagi lagi kaum wanita kan. Tapi kenape terpesong jauh sangat ney ? Tak paham lah dengan perangai awak. Kesian kan dekat cikgu cikgu awak. Penat deme mengajar awak, memberi ilmu yang cukup dekat awak supaya nak tengok anak didik dia menjadi seorang yang bertauliah, seorang yang sangat kuat budi bahasanya. Tapi disebaliknye, awak sangat sangat tak guna tahu.

Awak, meyh saye nak habaq satu perkara.Wanita yang awak panggil barang tuh lah dapat menolong awak di akhirat nanti. sebab ape ? sebab dia dapat memaafkan segala hinaan, cacian, kutukan yang awak lemparkan kepada dia suatu ketika dahulu.

Perempuan yang awak panggil murah ney lah akan menolong awak diakhirat nanti. sebab ape ? sebab setiap  kali dia sembahyang dia selalu berdoa meminta ALLAH ampunkan dosa awak, membuka pintu hati awak supaya bertaubat sebelum terlambat, melembutkan hati awak supaya dapat menerima kekurangan diri orang lain.

Perempuan yang awak kate tak layak berkahwin dengan awak ney lah akan menjadi tulang rusuk awak didunia mahupun di akhirat. sebab ape ? Jodoh itu rahsia ALLAH. pernah dengar orang dulu dulu cakap jangan benci, nanti lame lame jatuh cinta. Jika ALLAH dah tentukan dia jodoh awak, tadew sape yang dapat menukarkannye.




Wahai kaum Adam, sudah sudah lah menghina, mencaci, mengutuk kaum Hawa. Kami tahu kami tidak sempurna segala sifat. Kami tahu kekadang kami lalai dengan hal dunia. Kami tahu ape yang kami lakukan kebanyakkan menyusahkan kamu. Tapi tidakkah terdetik hatimu untuk membimbing aku ke jalan ALLAH ? tadew sedikit kelembutanmu kah menegur aku jika aku tersalah langkah ?

:: nobody is perfect in this world include me ::

- Sekadar luahan hati seorang wanita. -

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Friday, June 8, 2012

0
Komen

Kesabaran menggunakan Photoshop





Ehem, lame gile aku tak hupdate. Maaflah ye kekawan. Saye tersangat lah dan tak ada idea nak tulis ape dekat blog. -_- tapi kali ini ade idea. hehehe. Tajuk entry kite pasal hari ini berkenaan photoshop. Ape bende tuh ? Err, bende ney ade kaitan edit edit photo. Alaa, pernah dengan photoscape ? adik beradik lah tuh. hee.
Tak tahu jugak ? tak dapat lah nak tolong. -_-

Okeyh, sebenarnye aku dah lame nak guna photoshop ney, tapi tak reti dan tak ade software berkenaan dengan photoshop. Tapi tetibe hari ney aku tersangat lah rajin nak guna photoshop. Sekali haa, amek ! tergagap gagap nak gunenye pun. adehhh, penat tahu ? 

Aku buad sambil duduk, baring, kaki ke belakang, semua posing da aku buad, tapi satu ape pun tak jadi. hampeh. -____-. Penat weyh ! Tahap kesabaran aku semakin lame semakin tak tahu nak cakap macam mane. geram ! rase nak lukis sendiri jeh. gile susah nak mampuih !

Rase buhsan dah melanda, tapi disebabkan semangat tuh masih ade, aku masih cube sampai sekarang dan tak lepas lepas. sane senget lah, situ tak betul lah. bilee dah copy and paste bapak lahh gilee buruk ! sedih tak ? Mohon sila bersedih sebab aku buat dengan penuh semangat kut. sampai sekarang buruk jeh gambar gambar yang aku buat. -_-. Na pinjam tangan korang boleh dak ? yang mahir pasai photoshop ney. Mohon bantulah saye. :(

Moral of the story, sape yang newbie macam aku nak gune photoshop, banyak banyakkan bersabar ketika menempuhinya. hhahaha. Gud Luck :)

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT ini adalah Hak milik mr.katak !