KaWaN-kaWaN

Tuesday, March 13, 2012

0
Komen

Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah


 \


JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.
Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.
Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.
Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. -BERNAMA

.: Sama sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah dirang :.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Friday, March 2, 2012

1
Komen

Koleksi koleksi mr.katak saye ! ♥

































Tidak dibenarkan mencuri mr.katak saye ! jangan sesekali mencuba~

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Perkahwinan Yusry dan Lisa ♥


Walaupun perkahwinan yusry dan lisa dah lepas, tapi nak jugak buat entry tentang mereka !
heee, biar lambat asalkan selamat. hahaha. ngeekk !
Alaaa, tahu lahh saya tertinggal. .tak sempat nak cerita. .
busy dengan study lahh. jangan marah. :(

Heeee, ape yang penting, deme berdua ney sangat sangat lahh sweet !
Perkahwinan mereka sangat sangat romantik !
awww ! nak pengsan teng0k !
 mesti korang korang semua da tengok gambar majlis deme. .
haaa, tak tengok lagi ? biar betol ? tipuuu lahh !
tipu kalaw kamu semua tak tengok ! seyez ? betol tak tengok lagi ?
alahaiiii, kesiannyeee. takpe takpe. kite tengok same same yee. 

















haaa, sudah tengok ? sudah kee belom ? comey kan kan ?
sangat sangat sweet ! and saya jeless. -,-

rasenye belom terlambat lagi nak wish kan ?

Selamat Pengantin Baru Yusry dan Lisa.
Semoga perkahwinan ney diberkati ALLAH.
dan berkekalan hingga ke anak cucu. aminn ! :)


Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT ini adalah Hak milik mr.katak !