KaWaN-kaWaN

Friday, December 30, 2011

0
Komen

Luahan Hati ♥


 Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
 
 
p/s : lagu ini sangat menyentuh jiwa raga aku. hahaha. aku tak jemu jemu dengar lagu ini. sampai orang sekeliling aku naik menyampah dengar aku lagu ini. kehkeh. sape suruh dengar ! hoho.
dalam lagu ini, ade tersurat dan tersirat. dan makna lagu ini sangat sangat mendalam. 
so, tunggu ape lagi. pergi download lagu ini ! and enjoy ! hahaha.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Airmata Seorang Lelaki ♥



Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata perempuan kerana apabila lelaki menangis,
 itu bermakna dia sangat sayangkan perempuan yang telah pergi dari hidupnya dan apabila lelaki menangis ,
 lelaki itu memang maksudkannya . bukan senang nak buat lelaki menangis...✿

MANAKALA,

Senyuman perempuan lebih berharga daripada senyuman lelaki kerana apabila perempuan senyum ,
 ia akan selalu membuatkan lelaki kesayangannya merasa bahagia & di sayangi...✿

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, December 27, 2011

0
Komen

Jika Aku Jatuh Cinta ♥



Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Singapore Oh singapore ♥


Helooo Ladies and Gentlemen ! Eyh, kejap kejap ! sebelum tuh, i wish you Merry Christmas ! HoHo.
Okeyh, sambung balik. Sempena Christmas ney, aku pergi cuti dekat singapore ! fuyooo !
haa ? singapore tuh ape ? Hamoi ! tuh sudah lebih tuh. Singapore pun tak tahu. 
Ney kene blajar balik geografi dengan sejarah ! Err, ade kene mengene ke ?

Aaahh ! watever ! pandai lah korang semua carik ape itu Singapore.
Kat google banyak ! hehehe.

Dekat singapore ade ape ? ape yang special ? Hurm, aku pun tak tahu ! hahaha.
maybe sebab orang semua pergi bercuti dekat singapore untuk melawat Universal Studio je kut !
bagi aku, Malaysia sentiasa di hati ! kehkeh.

ade ape dalam universal studio ? nak tahu ade ape ? jom tengok !

























Haaa. banyak lagi ade dalam universal studio. Naik lenguh lah kaki nak berjalan.
heee. best ke tak ? Hurm, boleh lah. Berbaloi dengan tiket. kehkeh.
so, ape tunggu lagi ? boleh pergi sekarang ! eyh eyh, gurau je. ingat pergi macam superman ke ape ?
hahaha. papepun, enjoy ur holiday !

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Saturday, December 24, 2011

2
Komen

Diari untuk Angah ♥


Okeyh, mesti tertanye tanye kan ape motif aku letak gambar katak. hehe
Eyh, biar lah, katak itu buah hati jantung aku tahu ! so, semestinye dia model dalam entry hari ini !
hahaha. Okeyh over plak.







Balik pada tajuk, okeyh, cube tengok dekat kaki katak ?
ada ape dekat kaki dia ? cube lah tengok. ape ? tak nampak.
aiyoo, okeyh lah, aku zoom bagi nampak sikit ek. heee






haaa. nampak tak nampak tak ? kalau tak nampak jugak.
Err, tak dapek den nak nolong ! hehe.
okeyh, moral of the story, diari ini di hadiahkan oleh seorang insan yang paling penting dalam hidup aku.
Sentiase ade untuk aku ketika aku susah, senang, marah, sedih, gembira.
Sanggup bersusah payah untuk aku.
Tak pernah kenal erti penat, letih, lesu. Sanggup bersusah kerana aku.
Beliau seorang yang sangat sangat cool, boleh bertukar pendapat.
boleh mintak tolong walaupun bende kecik je. membebel membebel gak, tapi tetap tolong !
hehehe. sanggup habiskan duit untuk aku.
bagi aku makan, minum, tempat tinggal, pakaian, semua lah. Lengkap !
satu pun tak kurang. Tak pernah mengeluh bile poket dah kering.
mane tak kering, aku mintak macam macam. hehe.
Dia lah jantung, hati, intan payung, emas, belian. Insan yang sangat bermakna dalam hidup aku.
Tanpa Beliau, tak tahu macam mana aku boleh ade dekat bumi ney.

Terima Kasih Ayah ! akan akak simpan diari ney baik baik,
sebaik mane ayah jage akak dari kecik sampai lah sekarang. dah 19 Tahun 3 bulan !
Terima Kasih ayah ! jasa mu akan ku kenang sampai bila bila.
akak sayang ayah ! 

p/s : baru aku tahu ayah aku seorang yang sangat romantik ! sebab tuh share pasal cinta ! kehkeh. bukan hanya kejar cinta pada manusia saje, cinta pada ALLAH mesti di utamakan ! InsyaALLAH.



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, December 15, 2011

0
Komen

Perempuan Oh perempuan ♥






Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan PErempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH.  BAHAYA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya. 

Wahai Perempuanku, 

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka. 

Tetapi Perempuanku,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.



:: Renungan Bersama ::

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, December 13, 2011

0
Komen

Makna Surah Alam Nasyrah ♥


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 

"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. 

Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

♥ sekadar renungan bersama 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Sebelum kita mencintai seseorang ♥



:: Pesan pada DIRI ::
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
 Pada insan yang tak mengerti.. 
Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. 
Kerana ,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..


:: Pesan pada diri :: 
hati hati lah dalam memberi HATI.. 
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI

♥ cinta itu tak kejam, cuma manusia sahaja tak pernah menghargai cinta ♥

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, December 8, 2011

0
Komen

Diam bukan bermakna kita lemah ♥




Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan,
tapi
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya,
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya,
kerana
DIAM kita mungkin disalah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin disilap diterjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud,
justeru itu
jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM,
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM.


conclusionnye : kadang kadang kita perlu bersuara untuk menegakkan keadilan. 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

Hidup ini hendaklah belajar untuk bersyukur ♥





Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
 Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
 Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH 
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

Berterima kasihlah pada orang yang telah…
MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

p/s : Bersyukur bukan dalam waktu kita senang, bukan dalam waktu kita gembira, bukan dalam waktu kita bersuka ria, bersyukur juga untuk waktu kita sedih, bersyukur juga untuk waktu kita susah. Jadi, kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana ALLAH sangat sayangkan hamba hamba Nya.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

0
Komen

saya rindu dia ! ♥


semalam aku mimpi dia. yee. aku mimpi shema ! NORASHIMA BT MAZLAN !
ya ALLAH, aku mimpi aku dapat peluk dia. aku mimpi aku dapat bersama dengan dia balik !
aku mimpi aku dapat belajar bersama sama dengan dia dekat PUO !
rase macam tak pecaya ! rase macam mula mula aku jumpa dia !
first time aku kenal dia ! rase macam polibriged sama sama dengan dia !
series aku rindu dia ! rindu sangat sangat ! rindu sampai tak terkata !







shema, awak nak tahu tak ? kalau saya rindu awak. saya minum air ney.
tapi dekat poli, dah tak ade air ney, saya tak dapat minum air ney lagi sebab bila saya rindu awak,
 saya carik air ney. kenapa air ney punn nak pergi dari saya ? kalau saya rindu awak, mane saya nak dapatkan air ney. mane saya nak carik air ney. sebab saya kenal air ney punn dari awak. setiap kali waktu rehat, awak mesti beli air ney. dan mesti awak share dengan saya. tapi kenapa air ney mesti pergi jugak ? kenapa air ney mesti pergi dari kehidupan saya ? macam mana saya nak ubatkan rindu saya dekat awak kalau air ney tak ade ?





kenapa dia mesti pergi ? pergi tanpa sebarang nota ? tanpa sebarang kata ?
tanpa pelukan terakhir ? tanpa kata kata semangat ?
kenapa orang yang aku sayang mesti pergi dalam hidup aku ?
kenapa aku mesti kehilangan dia ? kenapa aku baru nak merasa, nak mengetahui tentang apa itu sahabat. kehadiran dia membuat aku betul betul bahagia ? membuat aku betul betul perlukan seorang sahabat ?
membuat aku memerlukan dia setiap saat ? membuat aku tersenyum bila bersama dia ?
membuat aku menghargai sebuah persahabatan ? kenapa dia mesti pergi ?
kenapa orang yang aku betul betul memerlukan setiap detik, setiap saat pergi tinggalkan aku?
kenapa ya ALLAH ?







shema, saya rindu awak. rindu sangat sangat. bila saya dapat jumpa awak ? 
bila saya boleh kongsi cerita dengan awak ? bila saya dapat tengok senyuman awak ?
bila saya dapat meluangkan masa bersama sama awak lagi ?
bila saya dapat snap picture dengan awak lagi? 
boleh saya simpan dalam album semua gambar kita bersama.
bila kita akan jumpa lagi ? bila ?






ya ALLAH. jika dia dengar ape yang aku mohon padamu.
tolong sampaikan rindu aku kepada dia. 
tolong sampaikan sayang aku kepada dia.
aku tak mampu tahan rindu aku kepada dia ya ALLAH.
semoga Engkau pertemukan aku dan dia kembali. tak kira cepat atau lambat. 
tak kira setahun atau dua tahun. aku akan tunggu saat saat itu.
makbulkan lahh doa ku ya ALLAH.






shema, saya sayang awak. sayang sampai tak tahu nak ucapkan macam mana lagi.
terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya.
terima kasih sebab pernah mendengar segala celotehan saya.
terima kasih sebab tak pernah kenal erti penat melayan kerenah saya.
terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya.
terima kasih sebab memberi kenangan yang paling indah tentang kita berdua.
terima kasih sebab menjadi sahabat saya.
satu hari nanti, kita pasti akan berjumpa. ini doa saya. :')


 yang amat meyayangimu,
farah amelia






saya utuskan sekeping surat untuk awak. semoga satu hari nanti, awak dapat bace surat ney. mana tahu kita dapat bejumpa balik. dengan izin ALLAH. insyaALLAH. 

Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Wednesday, December 7, 2011

0
Komen

Mencintai Dia dalam Diam ♥






Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

:: Renungan kita bersama ::



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Tuesday, December 6, 2011

0
Komen

Tarikh lahir menunjukkan sifat seseorang ?


haaa. hari ney aku nak cerita sikit tentang tarikh lahir menunjukkan sifat seseorang? Eyh, betol ke? aku pun tak tahu betol ataupun tidak. mungkin ade persamaan dengan sifat dekat bawah ? mungkin tidak ? mungkin 99.9 % hampir same ? mungkin 1 % saje ? jum kita selidik sifat kite ! :)


‎:: anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb ::

NO 1 :

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

‎:: anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb ::

NO 2 :

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

:: anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb ::

NO 3 :

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

‎:: anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb ::

NO 4 :

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

:: anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb ::

NO 5 :

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

‎:: anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb ::

NO 6 :

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

:: anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb ::

NO 7 :

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

‎:: anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb ::

NO 8 :

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

‎:: anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb ::

NO 9 :

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


haa. sudah teng0k ? ade tak same sifat sifat korang dengan entry kat atas ney ? hee. bende ney di reka hanya untuk mengisi masa lapang dan untuk berseronok saje. tak ada kaitan dengan dengan ape ape punn. kita boleh pecaye tapi jangan lahh pecaye 100 %.  0keyh. :)



Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Sunday, December 4, 2011

0
Komen

OMBAK RINDU ! ♥


Hyee k0rang ! sehat tak ?
heee. 0keyh. semalam aku pergi PAVILLION. buat ape pergi PAVILLION ?
pergi sh0pping ! banyaknye duet aku nak pergi sh0pping kat PAVILLION ! 
nak sh0pping kat KLCC punn tak mampu. ney lagi PAVILLION. hehehe.
0keyh, pergi PAVILLION semate mate nak teng0k cerita OMBAK RINDU !
test nak tinggi je. perlu ke teng0k kat PAVILLION ?
hey ! suke hati aku lahh nak pergi teng0k kat mane ! hehe. 0keyh terkasar bahase pulakk. 
haaaa. OMBAK RINDU tuh ape ? aiyakk ! 
jangan kate k0rang tak tahu OMBAK RINDU tuh ape !
nak kene sekeh plus ket0k kepale duapuluhlima kali ney ! grr !








Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?




0keyh. cerita ney tengah femes gile kat panggung wayang ! kalaw korang korang tak tahu jugak. tak boleh kate ape da. -,-

Cerita ney di petik dalam novel OMBAK RINDU. 
sebab tuh name cerita OMBAK RINDU. heee.
apew dia ? best ke tak ? haa. kalaw nak tahu best ke tak pergi lahh teng0k sendiri ! kehkeh.
boleh tahan lahh. cerita OMBAK RINDU ney sangat sangat menyentuh hati !
aku nangis kuut ! eyh eyh. bukan nangis tahap kritikal okeyh.
nangis sikit sikit sudaa. mane boleh over sangat. heee.
so, conclusionnye sape yang bejiwa romantik plus sedang hangat becinta tuh.
 cepat cepat lahh pergi tengok cerita ney. feeling habiss ! 











Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Thursday, December 1, 2011

0
Komen

twilight : Breaking Dawn the besh !









 film Breaking Dawn Part 1 kali ini bercerita lebih kepada kehidupan pernikahan dari Bella Swan (Kristen Stewart) dan Edward Cullen (Robert Pattinson). Kehidupan mereka tidaklah semudah itu, penghianatan dan pengerusakan terjadi disana-sini untuk menghancurkan kehidupan mereka.
Ditambah lagi dengan adanya putri mereka, Renesmee (Mackenzie Foy). Cerita semakin seru ketika keluarga Cullen beserta para sekutu mereka, bersama-sama melawan Volturi. Para petinggi vampir yang sangat kejam.

0keyh. semalam aku pergi teng0k cerita Breaking Dawn. SUMPAH besh gile ! hahaha. Rugi kalau korang korang semua tak pergi tengok. hehehe. tapi yang tak besh. kene tunggu part II plak. adehh. lambat sangat. hee..papepun twilight memang besh !


Terima Kasih kerana sudi meluangkan mase untuk membace entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT ini adalah Hak milik mr.katak !